AS 7.8 juta kes, 215,803 maut

AMERIKA Syarikat (AS) terus mendahului jumlah jangkitan Covid-19 apabila daripada 38,032,320 kes global yang direkodkan setakat 8.30 pagi ini, negara itu merekodkan 7.8 juta kes.

Data Johns Hopkins University juga merekodkan AS mendahului jumlah kematian dengan 215,803 orang meninggal dunia sementara jumlah kematian global kini 1,084,336.

India merekodkan 7,175,880 kes diikuti Brazil 5,103,408, Rusia 1,318,783, Colombia 924,098, Argentina 917,035, Sepanyol 896,086, Peru 851,171, Mexico 821,045, Perancis 797,851, Afrika Selatan 694,537, United Kingdom 637,707, Iran 508,389, Chile 484,280 dan Iraq 409,358.

Lapan buah negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Bangladesh 381,275, Itali 365,467, Filipina 344,713, Indonesia 340,622, Arab Saudi 340,089, Turki 338,779, Jerman 335,713 dan Pakistan 319,848.

Israel pula mencatatkan 296,652 kes dan Ukraine 277,982.

Sembilan belas negara lagi mencatatkan lebih 100,000 kes termasuk Netherlands 194,582, Kanada 189,489, Belgium 165,880 Belgium, Kuwait 112,737, Emiriyah Arab Bersatu 108,608, Oman 107,213, Mesir 104,787 dan Sweden 100,654.

Bagi kes kematian Brazil menduduki tempat kedua tertinggi iaitu 150,689, India 109,856, Mexico 83,945,  United Kingdom 43,108, Itali 36,246, Peru 33,357, Sepanyol 33,204,  Perancis 32,980, Iran 29,070, Colombia  28,141, Argentina  24,572.

Rusia 22,834, Afrika Selatan 18,028, Chile 13,396, Ecuador 12,235, Indonesia 12,027,  Belgium 10,211 dan Iraq 9,970.

Sementara itu, kes sembuh global pula melibatkan 26,384,461 pesakit di mana kes tertinggi sembuh di India sebanyak 6,227,295, Brazil 4,526,393, AS 3,124,593, Rusia 1,027,348, Colombia 806,703, Peru 748,097, Argentina 742,235, Mexico 700,826, Afrika Selatan 625,574.

Chile 456,499, Iran 411,840, Iraq 344,208, Arab Saudi 326,339, Pakistan 304,609, Turki 296,972, Bangladesh 295,873, Filipina 293,383, Jerman 279,694, Indonesia 263,296, Israel 245,811, Itali 242,028, Kanada 160,223, Sepanyol 150,376 dan Morocco 131,462.

Related posts

Leave a Comment