UMNO mahu tarik diri dari PN

UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional (PN) dan akan memberikan syarat baru kepada Kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik, secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Setiausaha Agung, Ahmad Maslan berkata, UMNO juga akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) agar MN didaftarkan dengan segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah.

“UMNO akan terus berjuang demi kepentingan rakyat untuk memastikan pandemik Covid-19 dapat ditangani oleh kerajaan dan pihak berkaitan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan Negara.

“UMNO berpandangan bahawa kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan. Sebarang keputusan UMNO lakukan adalah untuk manfaat rakyat, agama, bangsa dan Negara,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam masa yang sama, Biro Politik juga menetapkan persidangan UMNO Bahagian seluruh Negara pada 6 hingga 8 November 2020, serentak di seluruh negara dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian masing-masing manakala Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 17 hingga 19 Disember 2020.

Related posts

Leave a Comment