Tiga kluster baharu

TIGA lagi kluster baharu, dua di Kedah iaitu Kluster Bah Lunas dan Kluster Bah Rose, manakala satu di Selangor dikenali Kluster Jelok. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Bah Lunas dikesan di Kulim dengan kes indeks (kes ke-11,471) mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko di Sabah. “Lelaki berusia 35 tahun itu dikesan positif pada 30 September  lepas dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan tiga lagi positif Covid-19 bagi Kluster Bah Lunas .   “Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka…

Read More

Perincian kes baharu Covid-19

  SABAH : 155 KES TEMPATAN -100 kes saringan bergejala yang melibatkan 96 warganegara dan 4 bukan warganegara -35 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 33 warganegara 2 bukan warganegara. -10 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara. -4 kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara. -3 kes daripada Kluster Laut yang melibatkan bukan warganegara. -2 kes daripada Kluster Joo Hwa yang melibatkan warganegara. -1 kes daripada Kluster Buang Sayang yang melibatkan warganegara. KEDAH: 102 KES TEMPATAN -97 kes daripada Kluster Tembok yang kesemuanya melibatkan 93 kes warganegara dan 4…

Read More

317 kes baharu, 1 kematian

SEBANYAK 317 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 12,088 kes. Daripada 317 kes baru, 303 kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, 14 kes bagi bukan warganegara manakala tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Sebanyak 121 kes telah pulih menjadikan 10,216 pesakit telah pulih dan discaj. Satu kes kematian juga dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 137 kes.

Read More

Tiada keperluan PKP

PUTRAJAYA : “PKP ke hari ini? Tidak…” itu reaksi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Beliau sedar ramai yang ternanti-nanti pengumuman pada sidang media selepas menghadiri Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Katanya, tidak ada keperluan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Beliau berkata meskipun angka positif Covid-19 dilihat besar, namun kebanyakan kes itu melibatkan tahanan penjara di Kedah dan Sabah, yang terasing daripada komuniti. “PKP ke hari ini? Tidak… kita tidak akan mengisytiharkan PKP kerana contohnya semalam, walaupun mencatatkan jumlah…

Read More

PM minta rakyat bertenang

PERDANA Menteri, Muhyiddin Yassin meminta seluruh rakyat Malaysia bertenang dalam menghadapi penularan Covid-19 pada masa ini kerana situasi terkini jangkitan dalam negara masih terkawal dan dapat dibendung hasil kerjasama pelbagai pihak. Beliau yang mengakui memahami kebimbangan masyarakat berikutan peningkatan kes baharu jangkitan memberi jaminan dan komitmen bahawa kerajaan akan terus mengawal dan menguruskan penularan jangkitan virus itu sebaik mungkin.. “Saya percaya pasukan barisan hadapan negara kita khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan pasukan keselamatan mempunyai kapasiti dan kepakaran untuk menangani situasi ini dengan baik. “Marilah kita bersama-sama membudayakan norma baharu dan…

Read More

PRN Sarawak tahun depan

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 mungkin diadakan tahun hadapan dan peluang untuk diadakan pada tahun ini adalah rendah. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Prof Dr Sim Kui Hian berkata,mengadakan pilihan raya dalam keadaan semasa hanya akan membahayakan nyawa rakyat di negeri itu. Ini berdasarkan perkembangan Covid-19 semasa di negara yang ini yang menyaksikan kes positif yang kembali melonjak. “Virus yang sama masih ada. Sarawak telah kehilangan 19 nyawa akibat virus ini,” katanya. Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri adalah pada 7 Mei 2016 dan tempoh mandat Dewan…

Read More

Menteri mohon maaf

MENTERI Pengajian Tinggi, Dr Noraini Ahmad tampil memohon maaf berikutan kekalutan yang timbul berikutan keputusan menangguhkan proses pendaftaran dan orientasi pelajar universiti pada saat-saat akhir, Menurut Noraini, beliau mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak institut pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran fizikal. “Saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap kita dapat bersama-sama membendung penularan wabak Covid-19 ini,” kata beliau dalam kenyataan yang dikongsi di laman Facebook pada Sabtu. Berikut kenyataan penuh : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para…

Read More

Tiada pengecualian kuarantin

PUTRAJAYA: Tiada pengecualian. Wajib kuarantin 14 hari bagi pemimpin-pemimpin kerajaan serta delegasi yang ke luar negara atas urusan rasmi, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, kerajaan setuju pemimpin-pemimpin boleh ada rundingan dan urusan rasmi di luar negara dalam keadaan-keadaan tertentu kerana sebab-sebab khusus untuk kepentingan negara. “Persetujuan itu bagaimanapun dengan syarat, bila pemimpin-pemimpin kita pulang, mereka perlu dikuarantin 14 hari. Tiada pengecualian (kuarantin) kepada sesiapa,” katanya dalam sidang media hari ini, 3 Oktober. Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan…

Read More

108,041 permit umrah

SEBANYAK 108,041 permit Umrah dikeluarkan antara 27 September hingga 1 Oktober, selepas aplikasi Eatmarna dilancarkan, demikian menurut kenyataan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Saudi Press Agency yang melaporkan perkara itu semalam, 2 Oktober menyatakan daripada jumlah tersebut, sebanyak 42,873 permit dikeluarkan untuk rakyat negara itu, manakala baki 65,128 permit kepada ekspatriat daripada pelbagai kerakyatan. Berdasarkan laporan Saudi Gazette, sejam selepas dilancarkan, aplikasi itu mencatatkan sekitar 16,000 pendaftaran. Manakala jumlah keseluruhan bagi individu yang sudah mendaftar dalam minggu pertama ia dilancarkan adalah 309,686, di mana 224,929 adalah pemohon dan 84,757 adalah orang…

Read More

34.4 juta kes jangkitan global

JUMLAH keseluruhan kes positif global Covid-19 di seluruh dunia kini lebih 34.4 juta, pertambahan lebih 323,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Data terbaharu Johns Hopkins University setakat pagi ini, 3 Oktober menunjukkan 34,471,204 orang dijangkiti manakala kematian pula 1,025,315. Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.3 juta kes. diikuti India dengan 6.3 juta kes, Brazil 4.8 juta kes dan Rusia 1.18 juta. Tujuh negara merekodkan lebih 600,000 kes iaitu Colombia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan dan Perancis. United Kingdom, Chile dan Iran merekodkan lebih…

Read More