PRN Sarawak tahun depan

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 mungkin diadakan tahun hadapan dan peluang untuk diadakan pada tahun ini adalah rendah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Prof Dr Sim Kui Hian berkata,mengadakan pilihan raya dalam keadaan semasa hanya akan membahayakan nyawa rakyat di negeri itu.

Ini berdasarkan perkembangan Covid-19 semasa di negara yang ini yang menyaksikan kes positif yang kembali melonjak.

“Virus yang sama masih ada. Sarawak telah kehilangan 19 nyawa akibat virus ini,” katanya.

Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri adalah pada 7 Mei 2016 dan tempoh mandat Dewan Undangan Negeri DUN Sarawak akan berakhir pada Jun 2021.

Ini bermakna, PRN Sarawak ke -12 boleh diadakan pada Julai 2021 atau sebelum 7 September 2021.

Related posts

Leave a Comment