34.4 juta kes jangkitan global

JUMLAH keseluruhan kes positif global Covid-19 di seluruh dunia kini lebih 34.4 juta, pertambahan lebih 323,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University setakat pagi ini, 3 Oktober menunjukkan 34,471,204 orang dijangkiti manakala kematian pula 1,025,315.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.3 juta kes. diikuti India dengan 6.3 juta kes, Brazil 4.8 juta kes dan Rusia 1.18 juta.

Tujuh negara merekodkan lebih 600,000 kes iaitu Colombia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan dan Perancis.

United Kingdom, Chile dan Iran merekodkan lebih 460,000 manakala Bangladesh, Arab Saudi, Turki, Itali, Filipina dan Pakistan mekepasi 300,000 kes dan 13 negara lagi melebihi 100,000 kes.

Sementara itu, AS juga mendahului kes kematian apabila jumlah kumulatif yang terkorban di negara itu mencecah 208,642 diikuti Brazil 144,680, India 99,773 dan Mexico 78,078

United Kingdom merekodkan 42,358 kematian, Itali 35,941, Peru 32,535, Perancis 32,170, Sepanyol 32,086, Iran 26,567, Colombia 26,397, Rusia  20,981 dan Argentina 20,288.

Related posts

Leave a Comment