Star turut kurangkan pekerja

SEBUAH lagi syarikat media, Kumpulan Media Star akan melaksanakan pemberhentian pekerja untuk memenuhi sasaran pengurangan kos kakitangannya.

Difahamkan pemberhentian yang akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini akan menggunakan kaedah ‘Last-In-First-Out’. (LIFO).

Langkah itu dipercayai terpaksa dilakukan disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh kebanyakan syarikat media terutamanya peralihan ke elemen digital serta kesan jangka panjang penularan pandemik Covid-19.

“Mutual Separation Scheme (MSS) yang dilakukan sebelum ini tidak mengurangkan jumlah pekerja seperti yang diharapkan untuk membantu syarikat.

Oleh yang demikian syarikat terpaksa melakukan pemberhentian pekerja untuk memenuhi sasaran pengurangan pekerja,” kata satu sumber seperti dilaporkan Astroawani.

Pemberhentian ini menjadikan Kumpulan Media Star sebagai syarikat media terbaharu yang terpaksa mengurangkan jumlah pekerja akibat saingan dunia digital.

Jun lepas, Kumpulan Media Prima menamatkan khidmat 300 pekerja dalam usaha menyusun semula operasi mereka.

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad juga memulakan langkah pengurangan kakitangannya pada 2018 dan kemudiannya menutup operasi pada 2019.

Related posts

Leave a Comment