900,000 kematian Covid-19

KES jangkitan koronavirus Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah hampir 28 juta orang sehingga tengah hari ini, 10 September dengan jumlah kematian pula melepasi 900,000 orang.

Menurut data Johns Hopkins University,  jumlah pesakit yang pulih pula sebanyak 18,703,758 berbanding 27,766,325 kes yang dilaporkan setakat ini.

Rusia menyertai empat negara tertinggi merekodkan kes dengan  catatan melebihi 1 juta (1,037,526) sementara Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 6,359,720, India 4,370,128 dan Brazil 4,197,889.

Enam negara lagi merekodkan lebih 500,000 kes, didahului Peru 696,190, Colombia 686,851, Mexico 647,321, Afrika Selatan 642,431, Sepanyol 543,379 dan Argentina 512,293.

Chile pula merekodkan 427,027 kes sementara enam negara mencatatkan lebih 300,000 kes iaitu Iran 393,425, Perancis 383,292, United Kingdom 357,613, Bangladesh 331,078, Arab Saudi 323,012 dan Pakistan 300,030.

Enam negara lagi merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Turki 284,943, Itali 281,583, Iraq 273,821, Jerman 256,433, Filipina 245,143 dan Indonesia 203,342.

Sementara itu bagi kes kematian, daripada 902,468 kes, AS mendahului dengan 190,815 kematian diikuti Brazil 128,539, India 73,890, Mexico 69,049,  United Kingdom 41,683, Itali 35,577, Perancis 30,805 dan Peru 30,123. Sepanyol 29,628, Iran 22,669, Colombia 22,053, Rusia 18,080 dan Afrika Selatan 15,168.

Brazil pula merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 3,611,632 diikuti India 3,398,844, AS 2,387,479, Rusia 854,069, Afrika Selatan 569,935,Colombia 552,885, Mexico 538,514.

Peru mencatatkan 536,959 kes sembuh, Chile 399,555, Argentina 382,490, Iran 339,111, Arab Saudi 298,966, Pakistan 287,658, Turki 254,188, Bangladesh 230,804, Jerman 228,784, Itali 211,272 dan Iraq 209,993.

Related posts

Leave a Comment