31 calon UMNO PRN Sabah

KOTA KINABALU: Bekas Bendahari UMNO, Salleh Tun Said Keruak adalah antara 31 calon parti itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Bekas Ketua Menteri yang juga bekas anggota Kabinet itu akan bertanding di kerusi lamanya di Usukan, Kota Belud.

Seorang lagi bekas Ketua Menteri, Musa Aman sah tidak dicalonkan dalam senarai yang diumumkan
oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin.

Dalam sidang media petang ini, 10 September, di The Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Bung Moktar menjelaskan, Musa yang merupakan penyandang DUN Sungai Sibuga tidak memohon untuk menjadi calon UMNO.

Sebelum itu, Majlis Pengumuman Calon bagi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang dijadual pagi ini ditukar kepada Majlis Ramah Mesra Pemimpin kedua-dua parti.

Sebanyak 73 kerusi akan dipertandingkan pada PRN Sabah kali ini, tambahan 13 kerusi baharu hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon Sabtu ini dan pengundian 26 September.

Bung Moktar berkata, UMNO mengotakan janji dengan sekurang-kurangnya menampilkan 95 peratus muka baharu walaupun sasaran sebelum ini 85 peratus.

  1. Banggi – Akram Ismail
  2. Bengkoka – Harun Durabi
  3. Pitas – Sufian Abdul Karim
  4. Tempasuk – Mohd Arsad Bistari
  5. Usukan – Datuk Seri Salleh Said Keruak
  6. Pantai Dalit – Jasnih Daya
  7. Karambunai – Datuk Yakub Khan
  8. Darau – Datuk Jumat Idris
  9. Tanjung Aru – Mohd Reduan Aklee
  10. Tanjung Keramat – Shahelmey Yahya
  11. Pantai Manis – Mohd Tamin @Tamin Zainal
  12. Bongawan – Ag Lahap Ag Bakar
  13. Lumadan – Datuk Kamarlin Ombi
  14. Sindumin – Sani Miasin
  15. Kemabong – Datuk Raime Unggi
  16. Telupid – Abdul Wahab Abdul Ghani
  17. Sugut – James Ratib
  18. Gum-Gum – Suhaimi Nasir
  19. Sungai Manila – Mokran Ingkat
  20. Sungai Sibuga – Mohamad Hamsan Awang Supian
  21. Sekong – Hazulizah Md Dani
  22. Kuamut – Juhari Janan
  23. Lamag – Datuk Seri Bung Moktar Radin
  24. Sukau – Datuk Jafry Ariffin
  25. Tungku-  Momen@Abd Momen Anchai@Anghai
  26. Kunak – Halid Harun
  27. Sulabayan – Abdul Manan Indanan
  28. Balung – Hamild@Hamid Awang
  29. Kukusan – Chaya Sulaiman
  30. Tanjung Batu – Andi Muhammad Surady Bandy
  31. Paginatan – Junaidi Sahat

Related posts

Leave a Comment