Kes harian Saudi 781 kes

ARAB Saudi merekodkan 781 kes baharu Covid-19, meningkat 13 kes berbanding semalam tetapi masih mengekalkan angka kurang daripada 1,000 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan Arab Saudi kini meningkat kepada 322,237 kes.

Jumlah kematian pula mencecah 4,137 kes selepas 30 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Di samping itu, jumlah pesakit ynag sembuh hari ini adalah sebanyak 623 orang yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 298,246.

Sementara itu Jeddah mendahului catatan kes baharu dengan merekodkan 62 kes diikuti Makkah 58, Madinah 51, Dammam 50, Riyadh 43, Hufof 36, Al-Mobarraz 32, Qatif 31, Yanbu 28 dan Khamis Mushayt 22.

Related posts

Leave a Comment