1 tan produk segar, makanan proses dirampas

SINGAPURA 9 Nov. – Agensi Makanan Singapura (SFA) merampas kira-kira satu tan produk segar dan makanan proses yang diimport secara haram dari Malaysia dalam satu operasi selama dua hari di Pusat Pemeriksaan Woodlands minggu ini.

Sepanjang operasi pada 6 dan 7 November lalu itu, pegawai dari Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyedari terdapat percanggahan dalam konsainan yang diangkut oleh dua trak dan merujuknya kepada SFA.

SFA kemudian menemukan hasil yang tidak diisytiharkan dan yang diisytihar dengan kurang tepat, termasuk tomato, daun bawang, salad aisberg, kubis bunga potong, dan hirisan lemon yang diimport oleh dua pengimport dalam dua trak itu.

“Semua hasil import secara haram telah dirampas,” kata SFA dan ICA dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Di Singapura, semua import makanan mesti mematuhi peraturan SFA di mana hanya

pengimport berlesen dibenarkan membawa masuk makanan ke negara ini, dan setiap konsainan mesti diisytihar serta disertakan dengan permit import yang sah.

Pesalah yang mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran segar secara haram berdepan denda maksimum S$10,000 dan/atau penjara hingga tiga tahun.

Manakala pihak yang mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran yang diproses secara haram boleh didenda sehingga S$1,000, dengan denda sehingga S$2,000 bagi sabitan berikutnya.

Pada Februari lalu, SFA merampas kira-kira 1.4 tan produk makanan yang diimport secara haram dari Thailand, semasa pemeriksaan rutin ke atas lori penghantaran di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Pegawai dari Penguasa ICA) memaklumkan SFA selepas menyedari percanggahan dalam muatan sebuah lori berdaftar di Malaysia semasa pemeriksaan pada 7 Februari .

Nnn

(Foto SFA)

Related posts

Leave a Comment