Kes di Indonesia, Singapura

INDONESIA mencatatkan 3,046 kes positif Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan meningkat kepada 200,035 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, hari ini, 8 September, sebanyak 90,952 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 100 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 8,230 orang.

Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 48,393 kes, dengan tambahan 1,014 kes baharu.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,608 orang, diikuti Jakarta (1,317), Jawa Tengah (1,096), Sulawesi Selatan (373) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

SINGAPURA merekodkan tambahan 47 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 57,091.

Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura dalam data ringkas yang dikeluarkan hari ini, 8 September menyatakan tiada kes dalam komuniti dan terdapat satu kes import, yang diserahkan Notis Duduk Di Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura.

Dalam data lengkap lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan 939 kes yang dilaporkan sebagai import, kes komuniti 2,230 dan 53,875 penghuni asrama.

Seramai 56,408 pesakit telah pulih dan 51 kes masih dirawat di hospital.

Sejumlah 558 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi diuji positif bagi Civid-19 diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Related posts

Leave a Comment