Masih ramai ingkar arahan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 873 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana 797 individu dikompaun, 71 direman manakala lima individu dijamin.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam, penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan premis beroperasi lebih masa.

Kesalahan lain termasuk membaitkan pendatang asing tanpa izin (PATI), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran pelanggan, disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran, langgar perintah kuarantin dan menghalang penjawat awam bertugas.

Pemantauan turut dibuat di pasar raya, restoran serta penjaja, kilang, bank dan pejabat kerajaan.

Selain itu juga turut dipantau ialah terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air serta terminal pengangkutan udara.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 58,147 pemeriksaan dilakukan oleh Task Force Operasi Pematuhan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Operasi itu melibatkan sebanyak 2,770 pasukan pematuhan melibatkan 12,255 anggota.

Related posts

Leave a Comment