Kes di Filipina kini 238,727

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 7 September 2020, melaporkan tambahan 1,383 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak 238,727 kes.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga mengumumkan 230 kes pemulihan yang membawa jumlah pesakit pulih meningkat kepada 184,906 sementara kes aktif sebanyak 49,931

Jumlah kematian pula meningkat kepada 3,890 apabila 15 lagi pesakit yang dijangkiti meninggal dunia.

SATU kes baharu Covid-19  dilaporkan di THAILAND  hari ini melibatkan seorang pekerja Thai yang tiba dari India pada Selasa lalu.

Lelaki berusia 27 tahun itu dikuarantin di Bangkok dan dikesan positif pada hari pertama ujian saringan dilakukan.pada Sabtu.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,445. Setakat ini, kadar jangkitan adalah 10.1 peratus daripada 3,653 orang yang tiba dari India.

Daripada 3,445 kes, sebanyak 3,281 atau 95.2 peratus dilaporkan pulih sementara 106 masih menerima rawatan di hospital. Jumlah kematian kekal 58 sejak 2 Jun lalu.

INDONESIA mencatatkan 2,880 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan mencecah 196,989.

Berdasarkan data di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, sebanyak 89,992 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam 6 September sehingga 12 tengah hari ini juga, 105 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif 8,130 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 47,379 kes, dengan tambahan 1,046 kes baharu.

Jawa Timur merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,576 orang, diikuti Jakarta (1,296), Jawa Tengah (1,090), Sulawesi Selatan (372) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

SINGAPURA melaporkan 22 kes baharu Covid-19 sehingga 12 tengah hari Isnin, 7 September termasuk satu jangkitan dalam komuniti.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah terkumpul kini meningkat kepada 57,044.

Kes komuniti melibatkan seorang pemegang pas kerja manakala tiga kes import turut dilaporkan, dengan kesemuanya diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus selepas mereka tiba di Singapura.

Pada Ahad, kelompok baharu Covid-19 dikenal pasti di tiga dormitori pekerja asing yang sebelum ini diisytiharkan bebas daripada jangkitan virus itu, dengan satu kes dalam masyarakat dikaitkan dengan salah satu kelompok tersebut.

Kes dalam masyarakat pula, seorang warga India berusia 34 tahun yang dikaitkan dengan kelompok baru CDPL Tuas Dormitory.

Beliau dikesan sebagai sebahagian daripada ujian rutin yang dijadualkan bagi para pekerja dalam sektor binaan, marin dan pemprosesan yang tinggal di luar dormitori.

Related posts

Leave a Comment