Lonjakan kes baharu

PUTRAJAYA: Kes baharu positif Covid-19 di negara ini melonjak kepada 62 kes melibatkan 56 kes tempatan dan enam kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kes melibatkan Kluster Benteng di Sabah dengan 50 kes.

Dalam satu kenyataan hari ini, 7 September, sebanyak 56 kes penularan tempatan melibatkan 30 warganegara Malaysia dan 26 bukan warganegara.

Di Sabah, 50 kes daripada Kluster Benteng LD, satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Lahad Datu.

Kedah : Dua kes daripada Kluster Sungai, satu kes saringan Kluster Telaga; dan satu kes saringan bergejala di sebuah klinik pergigian di Alor Setar.

Pulau Pinang: Satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif ke-9397.

Bagi enam kes import, ia melibatkan dua warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara iaitu :

• Turki (duakes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

• Bangladesh (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu kes di Selangor)

• Indonesia (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

• Mesir (satu kes di Selangor)

Dengan penambahan kes baharu itu, ia menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia adalah 9,459 kes dengan kes aktif dan kebolehjangkitan meningkat kepada 207 kes.

Sehingga kini terdapat enam kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat sembilan kes telah pulih Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sembuh sepenuhnya adalah 9,124 kes (96.5 peratus).

Tiada pertambahan kes kematian baharu direkodkan di negara ini pada Isnin, jumlah kematian kekal 128 kes.

Related posts

Leave a Comment