Arab Saudi catat 321,456

KES jangkitan Covid-19 di Arab Saudi mencatatkan sedikit peningkatan apabila 768 kes baharu dilaporkan berbanding 756 kes pada Ahad. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) setakat  ini jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara itu meningkat kepada 321,456 kes. Sebanyak 26 lagi kematian dilaporkan yang membawa jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 4,107 kes. Kes pulih pula meningkat kepada 297,623 kes apabila 886 lagi pesakit dilaporkan sembuh manakala kes aktif pula 19,726 di mana 1,430 kes kritikal. Sementara itu Makkah merekodkan 67 kes baharu diikuti Jeddah 57, Madinah 50 , Riyadh dan Hufof…

Read More

Kes di Filipina kini 238,727

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 7 September 2020, melaporkan tambahan 1,383 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak 238,727 kes. Jabatan Kesihatan (DoH) juga mengumumkan 230 kes pemulihan yang membawa jumlah pesakit pulih meningkat kepada 184,906 sementara kes aktif sebanyak 49,931 Jumlah kematian pula meningkat kepada 3,890 apabila 15 lagi pesakit yang dijangkiti meninggal dunia. SATU kes baharu Covid-19  dilaporkan di THAILAND  hari ini melibatkan seorang pekerja Thai yang tiba dari India pada Selasa lalu. Lelaki berusia 27 tahun itu dikuarantin di Bangkok dan dikesan positif pada…

Read More

Masih ramai ingkar arahan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 873 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana 797 individu dikompaun, 71 direman manakala lima individu dijamin. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam, penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan premis beroperasi lebih masa. Kesalahan lain termasuk membaitkan pendatang asing tanpa izin (PATI), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran pelanggan, disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran, langgar perintah kuarantin dan menghalang penjawat awam bertugas. Pemantauan turut dibuat di pasar…

Read More

Lonjakan kes baharu

PUTRAJAYA: Kes baharu positif Covid-19 di negara ini melonjak kepada 62 kes melibatkan 56 kes tempatan dan enam kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kes melibatkan Kluster Benteng di Sabah dengan 50 kes. Dalam satu kenyataan hari ini, 7 September, sebanyak 56 kes penularan tempatan melibatkan 30 warganegara Malaysia dan 26 bukan warganegara. Di Sabah, 50 kes daripada Kluster Benteng LD, satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Lahad Datu. Kedah : Dua kes daripada Kluster Sungai, satu kes saringan Kluster Telaga; dan satu…

Read More

Kluster Sungai di Kedah

SATU lagi kluster baharu dikenal pasti di sebuah pusat perubatan di Kedah. Kes indeks (Kes ke-9455) kluster ini merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut yang bergejala sejak 30 Ogos 2020 tetapi tidak mendapatkan rawatan. Ujian saringan Covid-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif. Kes kedua kluster ini (Kes ke-9456) merupakan anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah. Beliau juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks. Beliau bergejala sejak 5 September 2020 dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang sama. Ujian saringan Covid-19 dijalankan pada 5 September…

Read More