Arab Saudi catat 321,456

KES jangkitan Covid-19 di Arab Saudi mencatatkan sedikit peningkatan apabila 768 kes baharu dilaporkan berbanding 756 kes pada Ahad.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) setakat  ini jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara itu meningkat kepada 321,456 kes.

Sebanyak 26 lagi kematian dilaporkan yang membawa jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 4,107 kes.

Kes pulih pula meningkat kepada 297,623 kes apabila 886 lagi pesakit dilaporkan sembuh manakala kes aktif pula 19,726 di mana 1,430 kes kritikal.

Sementara itu Makkah merekodkan 67 kes baharu diikuti Jeddah 57, Madinah 50 , Riyadh dan Hufof masing-masing 46, 44 in Dhahran 44, Hail 27 dan Al-Mobarraz 2

Related posts

Leave a Comment