Kluster Sungai di Kedah

SATU lagi kluster baharu dikenal pasti di sebuah pusat perubatan di Kedah. Kes indeks (Kes ke-9455) kluster ini merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut yang bergejala sejak 30 Ogos 2020 tetapi tidak mendapatkan rawatan.

Ujian saringan Covid-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif.

Kes kedua kluster ini (Kes ke-9456) merupakan anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah.

Beliau juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks. Beliau bergejala sejak 5 September 2020 dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang sama. Ujian saringan Covid-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif.

Kedua-dua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan diberi rawatan.

Susulan itu, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Sehingga 7 September 2020, seramai 57 orang telah disaring. Daripada jumlah ini dua kes dikesan positif Covid-19; dan 55 individu masih menunggu keputusan.

Related posts

Leave a Comment