Kes di Saudi turun kepada 791

ARAB Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan Covid-19 dengan 756 kes yang dilaporkan hari ini, Ahad 6 September berbanding 791 kes yang direkodkan pada Sabtu.

Ini merupakan hari kesembilan, jumlah jangkitan harian kurang daripada 1,000 kes di mana kali terakhir 1,069 kes yang dicatatkan pada 28 Ogos lalu sebelum turun 987 pada 29 Ogos dan 898 kes  pada 1 September.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara tersebut setakat ini sebanyak 320,688.

Sebanyak 895 kes pula pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 296,737 kes.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 32 kematian dilaporkan yang membawa kepada 4,081 kes manakala kes aktif pula 19,870 di mana 1,457 adalah kritikal.

Sementara itu Makkah merekodkan 74 kes baharu diikuti 60 kes di Jeddah, 55 in Hufof 55, Dammam 50, Madinah 45, Yanbu 40, Riyadh 39, 27 in Mobarraz 27, Jazan 23 dan Tabuk 22.

Related posts

Leave a Comment