Kes di Saudi turun kepada 791

ARAB Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan Covid-19 dengan 756 kes yang dilaporkan hari ini, Ahad 6 September berbanding 791 kes yang direkodkan pada Sabtu. Ini merupakan hari kesembilan, jumlah jangkitan harian kurang daripada 1,000 kes di mana kali terakhir 1,069 kes yang dicatatkan pada 28 Ogos lalu sebelum turun 987 pada 29 Ogos dan 898 kes  pada 1 September. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara tersebut setakat ini sebanyak 320,688. Sebanyak 895 kes pula pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 296,737 kes. Dalam…

Read More

Jumlah kes di Filipina 237,365

INDONESIA merekodkan 3.444 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 194,109 kes dengan kes aktif 47,509. Jakarta merekodkan 1,176 kes baharu yang membawa jumlah kumulatif 46,333 kes diikuti Jawa Timur 303 (35,634 kes) sementara Sumatera Barat 244 kes (2,751 kes). Jumlah kematian pula meningkat kepada 8,025 dengan pertambahan 85 kematian baharu di mana Jawa Timur merekodkan 30 kes (2,545) diikuti Jakarta dengan sembilan kes (1,274) manakala Jawa Tengah lapan kes yang membawa jumlah keseluruhan 1.084 kes.  Sementara itu kes sembuh meningkat kepada 138,575 berikutan 2,174 lagi pesakit dilaporkan pulih. Jakarta merekodkan…

Read More

40 kes di Singapura

SINGAPURA mengesahkan tambahan 40 lagi  kes positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah terkumpul jangkitan tersebut di republik itu setakat hari ini, 6 September sebanyak 57,022 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) republik itu, kes baharu termasuk empat penularan dalam komuniti melibatkan pemegang pas kerja. Terdapat 13 kes import yang kesemuanya telah diletakkan di bawah notis kuarantin di rumah. Berdasarkan data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan 923 daripada kes yang dilaporkan sebagai kes import,  2,225 jangkitan dalam komuniti dan 53,834 kes melibatkan penghuni asrama pekerja. Setakat ini, seramai…

Read More

6 kes : Tiga tempatan, 3 import

PUTRAJAYA: Enam kes baharu positif Covid-19 iaitu tiga jangkitan dalam negara dan tiga kes import dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari, Ahad, 6 September, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada tiga kes jangkitan dalam negara yang membabitkan warganegara tempatan, dua kes adalah daripada Kluster Benteng LD di Sabah manakala satu kes melibatkan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Pulau Pinang. Menurut beliau, kesemua kes import yang dilaporkan adalah membabitkan warga asing yang mendapat jangkitan dari Indonesia (dua kes) dan Bangladesh (satu kes). Bagaimanapun tiada kematian baharu…

Read More

Bekas ADUN PKR kini Bersatu

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – Lunas dan Sidam – yang merupakan ADUN Bebas selepas meninggalkan PKR hari ini mengisytiharkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Azman Nasrudin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) mengumumkan pendirian mereka pada majlis makan malam Penggerak Komuniti Negara (PKN) malam tadi. Pada majlis itu, Azman turut menyerahkan borang keahlian Bersatu bagi pihak PKN negeri kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, dan disaksikan bekas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin, yang pada 22 Ogos mengumumkan secara rasmi menganggotai Bersatu. Pada 12…

Read More

TERDAPAT dua kes baharu (kes ke-9395 dan kes ke-9396) bagi Kluster Benteng LD di negeri Sabah. Kes ke-9395 merupakan kontak rapat kepada kes ke9351. Kes bergejala pada 1 September dan dimasukkan ke Hospital Tawau pada 2 September 2020. Beliau dikesan positif dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi untuk mendapat rawatan lanjut. Bagi kes ke-9396, beliau merupakan anak saudara kepada kes ke-9395. Kes dikesan positif pada 5 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan. Sehingga 6 September 2020, seramai 776 orang telah disaring dalam kluster ini. 2 kes baharu…

Read More

Kalau takut air tercemar jangan bina industri di tepi sungai

SUNGAI yang menjadi punca air bersih tercemar lagi. Entah kali yang ke berapa. Isu pencemaran air sungai bukanlah sesuatu yang baharu. Isu lama. Basi. Masihkah kita ingat bagaimana pada mulanya pemancing dipersalahkan, dikatakan sabotaj pada Julai 2019 apabila Sungai Selangor tercemar? Selaklah kembali beberapa insiden dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Cuba selak kenyataan Menteri Besar (MB) Selangor, Khalid Ibrahim, Mohamed Azmin Ali dan Amirudin Shari mengenai punca dan tindakan setiap kali air sungai dicemari. Melalui ruangan Selak Utusan Malaysia pada 10 Oktober 2016, saya pernah menulis isu ini di…

Read More