Kematian di Arab Saudi 4,015

ARAB Saudi merekodkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila jumlah kes yang dilaporkan hari ini, Jumaat 4 September sebanyak 822 berbanding 833 kes semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan penambahan kes baharu, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 319,141.

Jumlah kematian pula meningkat apabila 33 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kematian meningkat kepada 4,015. Kes aktif 20,063 di mana 1,484 kritikal.

MoH juga memaklumkan 1,099 lagi pesakit sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 295,063 atau 92.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan.

Sementara itu Jeddah dan Makkah merekodkan kes tertinggi masing-masing 48 kes diikuti Dammam 45, Riyadh 41 dan Madinah 40.

Related posts

Leave a Comment