INDONESIA mencatatkan 3,269 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan meningkat kepada 187,537 kes. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 hari ini, sebanyak 85,178 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 4 September sebanyak 82 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kini 7,832 orang. Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 44,280 kes, dengan tambahan 880 kes baharu. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu…
Read MoreDay: September 4, 2020
Kematian di Arab Saudi 4,015
ARAB Saudi merekodkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila jumlah kes yang dilaporkan hari ini, Jumaat 4 September sebanyak 822 berbanding 833 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan penambahan kes baharu, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 319,141. Jumlah kematian pula meningkat apabila 33 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kematian meningkat kepada 4,015. Kes aktif 20,063 di mana 1,484 kritikal. MoH juga memaklumkan 1,099 lagi pesakit sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 295,063 atau 92.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan. Sementara itu Jeddah dan…
Read More11 kes : 7 import 4 tempatan
PUTRAJAYA: Sebelas kes baharu Covid-19 dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari Jumaat, 4 September 2020, di mana tujuh adalah kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, daripada empat jangkitan dalam negara, tiga kes melibatkan warganegara tempatan manakala satu kes bukan warganegara. Satu kes penularan tempatan dikesan daripada Kluster Telaga manakala dua lagi dilaporkan daripada Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih 2. Sementara itu, satu lagi kes jangkitan tempatan membabitkan bukan warganegara juga dikesan daripada Kluster DTI Semenyih 2. Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham berkata, jumlah…
Read MoreKluster DTI Semenyih 2
SATU kluster baharu dikenalpasti di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih, Selangor. Kes indeks kluster ini merupakan seorang tahanan yang bakal dihantar balik ke negara asal beliau. Justeru, beliau disaring untuk Covid-19 di Klinik Kesihatan dan dikesan positif pada 27 Ogos 2020 (iaitu kes ke-9302). Kes kedua dan ketiga kluster (iaitu kes ke-9382 dan kes ke-9384) merupakan pegawai imigresen di DTI tersebut yang mengiringi kes indeks ke Klinik Kesihatan bagi saringan Covid-19. Mereka adalah dua daripada empat orang pegawai imigresen yang mengiringi kes indeks yang dikesan positif. Susulan itu, pengesanan kes…
Read More