Indonesia, Filipina tambah kes

INDONESIA  mencatatkan 3,269 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan meningkat kepada 187,537 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 hari ini, sebanyak 85,178 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 4 September sebanyak 82 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kini 7,832 orang.

Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 44,280 kes, dengan tambahan 880 kes baharu.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,488 orang, diikuti Jakarta (1,252), Jawa Tengah (1,066), Sulawesi Selatan (368) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Sementara itu, FILIPINA terus mencatatkan pertambahan kes hari ini dengan  3,714 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 232,072 kes dengan kes aktif 67,786.

Sebanyak 49 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia 3,737 orang.

Sementara itu, sebanyak 1,088 pesakit pulih yang membawa jumlah pemulihan setakat ini 160,549 kes.

Related posts

Leave a Comment