11 kes : 7 import 4 tempatan

PUTRAJAYA: Sebelas kes baharu Covid-19 dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari Jumaat, 4 September 2020, di mana tujuh adalah kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, daripada empat jangkitan dalam negara, tiga kes melibatkan warganegara tempatan manakala satu kes bukan warganegara.

Satu kes penularan tempatan dikesan daripada Kluster Telaga manakala dua lagi dilaporkan daripada Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih 2.

Sementara itu, satu lagi kes jangkitan tempatan membabitkan bukan warganegara juga dikesan daripada Kluster DTI Semenyih 2.

Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 9,385 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 165 kes.

Katanya, sembilan kes pulih dilaporkan pada Jumaat dengan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 9,092 kes bersamaan 96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan.

Beliau menjelaskan, terdapat empat kes positif Covid-19 yang masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah keseluruhan kekal 128 kes atau 1.36 peratus.

Related posts

Leave a Comment