Kes di Arab Saudi 310,836

KES jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan di Arab Saudi apabila jumlah kes yang direkodkan hari ini lebih rendah iaitu 1,068 berbanding 1,114 kes yang dicatatkan semalam. Ini menjadikan jumlah kes yang dicatatkan Arab Saudi setakat ini adalah 310,836 di mana 284,945 kes sembuh. Sebanyak 33 kematian berlaku dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 3,755. Kes aktif pula 22,136 di mana 1,601 kes kritikal. Sementara itu Jazan mendahului bandar lain dengan mencatatkan 84 kes berbanding 56 kes pada Selasa diikuti Makkah yang merekodkan 67 kes berbanding 74 kes semalam.…

Read More

Jumlah kes Filipina 202,361

FILIPINA setakat pukul 4 petang Rabu 26 Ogos telah merekodkan 202,361 kes Covid-19 termasuk 5,277 kes baharu yang dilaporkan hari ini. Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan 99 kematian yang menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sebanyak 3,137 orang. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,131 pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan sembuh kepada 133,460. Kes aktif pula sebanyak 65,764. Sementara itu THAILAND merekodkan satu kes baharu Covid-19 yang melibatkan seorang ahli perniagaan tempatan berusia 38 tahun yang pulang dari India pada 8 Ogos lalu. Ini menjadikan jumlah kes meningkat kepada 3,403.…

Read More

Singapura catat 60 kes baharu

SINGAPURA mengesahkan  60 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif mereka yang dijangkiti di republik itu meningkat kepada 56,495 kes. Terdapat tiga kes dalam komuniti, satu daripadanya rakyat Singapura dan dua lagi pemegang pas kerja. Sebanyak 10 kes import diserahkan notis duduk di rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Dalam data lengkap semalam, Singapura mengklasifikasikan 861 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,219 kes komuniti dan 53,355 kes penghuni asrama. Sejumlah 54,816 pesakit pulih sepenuhnya sementara 78 masih di hospital. Sementara itu, mulai 29 Ogos, mereka yang…

Read More

5 kes tempatan 1 import

PUTRAJAYA: Lima kes tempatan dan satu kes import Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari Rabu, 26 Ogos, menjadikan jumlah keseluruhan 9,291 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Kes import dilaporkan di Selangor mendapat jangkitan di luar negara iaitu Singapura yang melibatkan bukan warganegara sementara kesemua lima kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia di Kedah. Ia termasuk tiga kes daripada Kluster Tawar yang diperincikan di bawah satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah dan satu kes saringan bergejala di…

Read More

Sejadah, kegagalan ikuti norma baharu Covid-19 ?

SATU lagi kelonggaran diberi untuk beribadah di masjid dan surau. Penggunaan sejadah tidak lagi diwajibkan. Sebelum ini tiga syarat utama dikenakan sebelum ke masjid atau surau – berwuduk di rumah, bawa sejadah dan pakai pelitup muka. Di peringkat awal pihak masjid dan surau bertegas, tiada kompromi, begitu juga jemaah amat patuh asalkan mereka dapat solat berjemaah. Namun lama kelamaan ia beransur ‘longgar’ tanpa menanti dilonggarkan atas arahan kerajaan. Pada masa yang sama mulai 1 September, warga asing dibenarkan untuk menunaikan ibadah di masjid dan surau yang sebelum ini terhad  kepada…

Read More