Makkah dahului kes

MAKKAH masih mendahului kes tertinggi Covid-19 berbanding kota lain di Arab Saudi apabila lima hari berturut-turut mendahului jumlah yang lebih besar daripada 1,114 baharu yang dilaporkan Arab Saudi hari ini.

Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan (MoH), Makkah menduduki tempat teratas sejak Jumaat lalu dengan mencatatkan 74 kes hari ini berbanding 84 (Isnin), 65 (Ahad), 91 (Sabtu) dan 77 (Jumaat).

Jazan menduduki tempat kedua hari ini dengan 56 kes diikuti Jeddah 54, Khamis Mushayt 53, Riyadh 51, Madinah 43, Qunfudah 39, Sabya 38 serta Samtha dan Dammam masing-masing 34.

Secara keseluruhan, jumlah kes positif yang direkodkan Arab Saudi ketika ini adalah sebanyak 309,768.

Sebanyak 31 orang lagi meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah kematian setakat 25 Ogos meningkat kepada 3,722.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 283,932 setelah 1.044 lagi pesakit dilaporkan pulih daripada jangkitan.

Terdapat 22,114 kes aktif di mana 1,639 kritikal.

Related posts

Leave a Comment