Makkah dahului kes

MAKKAH masih mendahului kes tertinggi Covid-19 berbanding kota lain di Arab Saudi apabila lima hari berturut-turut mendahului jumlah yang lebih besar daripada 1,114 baharu yang dilaporkan Arab Saudi hari ini. Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan (MoH), Makkah menduduki tempat teratas sejak Jumaat lalu dengan mencatatkan 74 kes hari ini berbanding 84 (Isnin), 65 (Ahad), 91 (Sabtu) dan 77 (Jumaat). Jazan menduduki tempat kedua hari ini dengan 56 kes diikuti Jeddah 54, Khamis Mushayt 53, Riyadh 51, Madinah 43, Qunfudah 39, Sabya 38 serta Samtha dan Dammam masing-masing 34. Secara keseluruhan, jumlah kes…

Read More

5 murid positif Covid-19

PUTRAJAYA : Lima murid sekolah rendah, empat orang berusia 12 tahun dan seorang berusia sembilan tahun disahkan positif Covid-19 berkaitan Kluster Tawar di Kedah. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka dikesan melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes positif kluster tersebut. Hasil siasatan mendapati murid berkenaan ialah kontak rapat kepada kes ke-9,197 iaitu seorang murid prasekolah yang kesnya dilaporkan pada 16 Ogos lepas. Bercakap pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini, kanak-kanak tersebut merupakan generasi ketiga Kluster Tawar dan dijangkiti daripada…

Read More

Ancaman gelombang baharu

GELOMBANG baharu penularan Covid-19 seperti berlaku di beberapa negara boleh berlaku di Malaysia jika masyarakat leka dan memandang remeh situasi di Malaysia. Kawalan sempadan perlu terus dipertingkatkan dengan kerjasama pelbagai agensi bagi mengekang aliran kemasukan individu yang berpotensi dijangkiti Covid-19. Sejak 3 April 2020 sehingga 23 Ogos 2020, seramai 104,188 rakyat dan pemastautin tetap telah disaring, di mana 103,289 dikuarantinkan. Kes positif Covid-19 yang dikesan pula adalah sebanyak 899 kes di mana mereka telah diasingkan dan dirawat di hospital. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan (Facebook) berkata, pematuhan kepada undang-undang dan…

Read More