India catat 3 juta kes

DARIPADA 23.3 juta kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia, India merekodkan tiga juta kes dengan 56,706 kematian setakat pukul 7 pagi ini, 24 Ogos 2020.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan 5,699,804 kes diikuti Brazil 3,582,362 dan India 3,044,940.

Rusia juga terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 954,328 kes diikuti Afrika Selatan yang mencatatkan 609,773.

Tiga negara lagi melepasi setengah juta kes iaitu Peru 585,236, Mexico 556,216 dan Colombia 533,103.

Enam negara pula merekodkan 300,000 kes didahului Chile 397,665, Sepanyol 386,054, Iran 358,905, Argentina 342,154, United Kingdom 327,643 dav Arab Saudii 307,479.

Bangladesh pula menghampiri 300,000 kes dengan catatan setakat ini 294,598 kes diikuti Pakistan 292,765, Perancis 280,459, Itali 259,345, Turki 258,249, Jerman 234,483 dan Iraq 204,341.

Dua negara anggota ASEAN berada dalam kelompok 100,000 kes iaitu Filipina dengan 189,601 dan Indonesia 153,535, diikuti Kanada 126,815, Qatar 117,008, Bolivia 108,427, Ecuador 107,769, Ukraine107,379, Kazakhstan 104,543 dan Israel 102,663.

Bagi kematian pula AS mendahului dengan 176,765 kes diikuti Brazil 114,250, Mexico 60,254, India 56,706, United Kingdom 41,515, Itali 35,437, Perancis 30,518, Sepanyol  28,838, Peru 27,453 dan Iran 20,643, Colombia pula mencatatkan 16,968, Rusia 16,341, Afrika Selatan 13,059, Chile 10,852 dan Belgium 9,988.

Brazil mendahului kes sembuh dengan 2,919,647 kes diikuti India 2,280,566, AS 1,997,761, Rusia 768,906, Afrika Selatan 506,470, Mexico 453,104, Peru 399,357, Chile 371,179, Colombia 359,792, Iran 309,464, Arab Saudi 280,143.

Kes sembuh di Pakistan pula 275,836, Argentina 251,400, Turki 237,165, Jerman 207,985, Itali  205,470, Bangladesh 179,091 Sepanyol 150,376, Iraq 146,409, Filipina 131,367, Qatar 113,808, Kanada 112,836, Indonesia 107,500, Ecuador 94,816 dan Kazakhstan 91,089.

Related posts

Leave a Comment