Kes harian kembali meningkat

TREND penurunan jumlah jangkitan harian berakhir hari ini apabila Arab Saudi melaporkan 1,175 kes baharu, peningkatan kes berbanding hari-hari sebelumnya termasuk semalam 1,109. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di Arab Saudi 308,654. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 42 lagi kematian dicatatkan yang membawa jumlahnya meningkat kepada 3,691. Kes sembuh pula meningkat kepada 282,888 termasuk 2,745 kes pesakit yang pulih hari ini. Kes aktif pula sebanyak 22,075 di mana 1,635 kritikal.. Sementara itu Makkah sekali lagi merekodkan kes tertinggi dengan 84 kes diikuti  Hail 60, Jeddah 58, Sabya 53…

Read More

7 kes: 2 import, 5 tempatan

TUJUH kes baharu Covid-19 termasuk dua kes import dilaporkan hari ini, 24 Ogos 2020 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 9,274 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah. Katanya, dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia manakala lima kes penularan dalam negara adalah di Sarawak melibatkan dua warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara. Dalam satu kenyataanya, beliau berkata, tiada kes Kluster Tawar direkodkan hari ini tetapi saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan tetap diteruskan. Sehingga 12 tengah hari 24 Ogos 2020, seramai 3,436 orang…

Read More

Satu lagi parti baharu

SEBUAH lagi parti baharu. Kali ini bakal diterajui anak muda, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Serentak dengan itu, terjawab persoalan mengenai kedudukannya dalam Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad. Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, berkata, parti baharu itu akan disertai oleh pelbabagi kaum dengan memberi fokus kepada golongan anak muda. Beliau berkata, sudah sampai masanya di Malaysia untuk menubuhkan gerakan terdiri daripada orang muda seperti di Thailand melalui Future Forward, di…

Read More

Jauhi rasuah, lebih berhemah

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menggesa pegawai dan kakitangan penguatkuasaan di negeri itu menjauhi gejala rasuah serta menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan adil serta berhemah dengan mematuhi segala SOP dan peraturan yang ditetapkan. Titah baginda, semua pihak yang terlibat dengan tugas penguatkuasaan di mana-mana jabatan perlu mengelak sama sekali perbuatan yang boleh dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa bagi kepentingan diri sendiri atau pihak-pihak tertentu semasa melaksanakan tugas penguatkuasaan. Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan media bagi menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan…

Read More

India catat 3 juta kes

DARIPADA 23.3 juta kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia, India merekodkan tiga juta kes dengan 56,706 kematian setakat pukul 7 pagi ini, 24 Ogos 2020. Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan 5,699,804 kes diikuti Brazil 3,582,362 dan India 3,044,940. Rusia juga terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 954,328 kes diikuti Afrika Selatan yang mencatatkan 609,773. Tiga negara lagi melepasi setengah juta kes iaitu Peru 585,236, Mexico 556,216 dan Colombia 533,103. Enam negara pula merekodkan 300,000 kes didahului Chile 397,665, Sepanyol 386,054, Iran 358,905, Argentina 342,154, United Kingdom 327,643 dav…

Read More

Thailand terus catat kes import

SINGAPURA mencatatkan 87 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan 13 kes merupakan kes import, menjadikan jumlah keseluruhan 56,353.. Menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MoH) hari ini, berdasarkan siasatan, kementerian itu menyatakan terdapat satu kes komuniti yang merupakan seorang pemegang pas kerja. Data penuh yang dikeluarkan lewat Sabtu menyatakan, republik itu telah mengklasifikasikan 840 kes sebagai kes import, 2,217 kes komuniti dan 53,209 kes penghuni asrama pekerja asing. Sejumlah 53,920 kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan sebanyak 81 kes disahkan masih berada di hospital. Sejumlah 2,238 pesakit bergejala ringan atau secara klinikalnya sihat…

Read More