Thailand terus catat kes import

SINGAPURA mencatatkan 87 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan 13 kes merupakan kes import, menjadikan jumlah keseluruhan 56,353..

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MoH) hari ini, berdasarkan siasatan, kementerian itu menyatakan terdapat satu kes komuniti yang merupakan seorang pemegang pas kerja.

Data penuh yang dikeluarkan lewat Sabtu menyatakan, republik itu telah mengklasifikasikan 840 kes sebagai kes import, 2,217 kes komuniti dan 53,209 kes penghuni asrama pekerja asing.

Sejumlah 53,920 kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan sebanyak 81 kes disahkan masih berada di hospital.

Sejumlah 2,238 pesakit bergejala ringan atau secara klinikalnya sihat tetapi diuji positif Covid-19 telah diasingkan.

Sehingga kini 27 telah meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di republik itu.

FILIPINA setakat pukul 4 petang ini merekodkan 2,378 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 189,601 kes.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga mengumumkan sebanyak 16,459 pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan pesakit yang pulih adalah sebanyak 131,367.

Sebanyak 32 kematian dilaporkan  menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia kini 2,998

THAILAND merekodkan lima lagi kes jangkitan Covid-19 yang melibatkan warganegaranya yang pulang dari luar negara. Ini menjadikan jumlah kes 3,395.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA),kes pertama adalah seorang wanita berusia 41 tahun yang pulang dari India pada 8 Ogos.

Ujian ketiga yang dibuat ketika dalam kuarantin mengesahkan jangkitan itu.

Satu lagi kes juga melibatkan wanita,45 yang pulang dari United Kingdom pada 10 Ogos dan dikuarantin. Dia dikesan positif pada ujian kedua pada Jumaat.

Dua lagi wanita berusia 26 dan 29 tahun serta seorang lelaki Thai berusia 53 tahun disahkan positif ketika dikuarantin selepas tiba dari Oman pada 17 Ogos.

Setakat ini 3,221 kes dilaporkan sembuh manakala 116 masih dirawat.

Related posts

Leave a Comment