Kes harian kembali meningkat

TREND penurunan jumlah jangkitan harian berakhir hari ini apabila Arab Saudi melaporkan 1,175 kes baharu, peningkatan kes berbanding hari-hari sebelumnya termasuk semalam 1,109.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di Arab Saudi 308,654.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 42 lagi kematian dicatatkan yang membawa jumlahnya meningkat kepada 3,691.

Kes sembuh pula meningkat kepada 282,888 termasuk 2,745 kes pesakit yang pulih hari ini. Kes aktif pula sebanyak 22,075 di mana 1,635 kritikal..

Sementara itu Makkah sekali lagi merekodkan kes tertinggi dengan 84 kes diikuti  Hail 60, Jeddah 58, Sabya 53 , Madinah 51, Abu Arish 48, Riyadh 37, Jazan 33, Hufof dan Tabuk masing-masing 29.

Related posts

Leave a Comment