7 kes: 2 import, 5 tempatan

TUJUH kes baharu Covid-19 termasuk dua kes import dilaporkan hari ini, 24 Ogos 2020 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 9,274 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah.

Katanya, dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia manakala lima kes penularan dalam negara adalah di Sarawak melibatkan dua warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara.

Dalam satu kenyataanya, beliau berkata, tiada kes Kluster Tawar direkodkan hari ini tetapi saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan tetap diteruskan.

Sehingga 12 tengah hari 24 Ogos 2020, seramai 3,436 orang telah disaring dalam kluster ini.

Dua kes import tersebut adalah dari negara Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan Amerika Syarikat (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Enam kes telah pulih Covid-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 8,965 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, lapan kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment