Filipina 169,213, Indonesia 143,043 kes

INDONESIA merekodkan 1,673 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 143,043 manakala 78,394 lagi pesakit masih dalam pemantauan. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 70 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian 6,277 orang. Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 30,465 kes, diikuti Jawa Timur (28,551) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain. Jawa Timur mencatatkan kematian tertinggi, iaitu 2,055 orang, diikuti Jakarta (1,014), Jawa Tengah (801), Sulawesi Selatan…

Read More

Kes di Arab Saudi 301,323

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi mencecah 301,323 kes hari ini, 18 Ogos dengan tambahan 1,409 kes baharu, satu peningkatan berbanding 1,327 kes yang direkodkan semalam. Kementerian Kesihatan (MOH) juga merekodkan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 34 lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan 3,470 kematian. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,526 lagi pesakit disahkan sembuh dan menjadikan jumlah pesakit yang pulih setakat ini meningkat kepada 272, 911 kes. Sebanyak 24,942 kes aktif di mana 1,716 kritikal. Sementara itu, Hail merekodkan kes tertinggi iaitu 81 kes diikuti…

Read More

Melayu : Sudah pecah jangan berderai

IMBAS KEMBALI TULISAN SEMPENA KONGRES MARUAH MELAYU 2019 KONGRES Maruah Melayu (KMM). Siapa di belakang penganjurannya walaupun empat universiti awam disenaraikan terlibat? Siapa pula yang patut hadir? Apakah amanat Tun Dr. Mahathir Mohammad mampu mempertahankan maruah Melayu? Itu antara pelbagai persoalan yang ditimbulkan sama ada oleh parti politik kerajaan atau pembangkang. DAP turut mempertikaikan penglibatan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sama ada mereka akan bersama menganjurkan hal yang sama untuk kaum Cina, India, Kadazan dan sebagainya. Tidak mustahil akan ada gerakan itu lebih-lebih lagi dengan kuasa yang ada pada parti…

Read More

7 kes : 4 import 3 tempatan

PUTRAJAYA: Tujuh kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, 18 Ogos 2020, yang melibatkan empat kes import dan tiga penularan tempatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif 9,219 kes dan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 192 kes. Beliau berkata kesemua tujuh kes penularan dalam negara itu melibatkan tiga kes tempatan di Kedah iaitu dua daripada Kluster Sala dan satu kes Kluster Tawar. Empat kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara pula melibatkan dua warganegara  tempatan dan dua bukan warganegara yang masing-masing tiga kes dari Bangladesh dan satu kes dari United Kingdom. Dr Noor Hisham berkata terdapat 26 kes yang telah pulih…

Read More

21.7 juta kes, 13.7 juta sembuh

AMERIKA Syarikat (AS), Brazil dan India terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 serta kematian akibatnya ketika dunia merekodkan 21,799,658 kes dan 772,296 kematian. Pada masa yang sama, daripada 13,797,131 kes sembuh, ketiga-tiga negara juga merekodkan kes sembuh yang tinggi. Data Johns Hopkins University menunjukkan sehingga pukul 7 pagi ini, 18 Julai, AS mendahului dengan 5,433,882 kes dengan 170,434 kematian dan di tempat ketiga kes sembuh iaitu 1,865,580. Brazil pula di tempat kedua dengan 3,359,570 kes serta 108,536 kematian dan mendahului kes sembuh dengan 2,698,616 kes. India mencatatkan jumlah kes ketiga…

Read More