21.7 juta kes, 13.7 juta sembuh

AMERIKA Syarikat (AS), Brazil dan India terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 serta kematian akibatnya ketika dunia merekodkan 21,799,658 kes dan 772,296 kematian.

Pada masa yang sama, daripada 13,797,131 kes sembuh, ketiga-tiga negara juga merekodkan kes sembuh yang tinggi.

Data Johns Hopkins University menunjukkan sehingga pukul 7 pagi ini, 18 Julai, AS mendahului dengan 5,433,882 kes dengan 170,434 kematian dan di tempat ketiga kes sembuh iaitu 1,865,580.

Brazil pula di tempat kedua dengan 3,359,570 kes serta 108,536 kematian dan mendahului kes sembuh dengan 2,698,616 kes.

India mencatatkan jumlah kes ketiga tertinggi dengan 2,647,663 dan keempat jumlah kematian iaitu 50,921 dan di tempat kedua tertinggi kes sembuh sebanyak 1,919,842.

Rusia pula merekodkan 925,558 kes, diikuti  Afrika Selatan 589,886 , Peru 535,946, Mexico 522,162 dan Colombia 468,332. Empat buah negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Chile 387,502, Sepanyol 359,082, Iran 345,450 dan United Kingdom 321,060.

Sementara itu, lapan negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Arab Saudi 299,914, Argentina 294,569, Pakistan 289,215, Bangladesh 279,144, Perancis 256,473, Itali 254,235, Turki 250,542 dan Jerman 226,636.

Iraq berada dalam kelompok 100,000 kes dengan 180,133 diikuti Filipina 164,474, Indonesia 141,370, Kanada 124,214, Qatar 115,368, Kazakhstan 103,033, Ecuador 101,751 dan Bolivia 100,344.

Bagi kes kematian akibat Covid-19, Mexico di tempat ketiga dengan 56,757 kes diikuti India 50,921, United Kingdom 41,454 , Itali 35,400, Perancis  30,433, Sepanyol 28,646 , Peru dan Iran 26,281.

Rusia yang telah menemui vaksin merekodkan 15,707 kematian,  Colombia 15,097, Afrika Selatan 11,982,  Chile 10,513, Belgium 9,939, Jerman 9,236, Kanada 9,075 dan Indonesia  6,207.

Bagi kes sembuh, Rusia merekodkan 734,573 kes, Afrika Selatan 477,671, Mexico 424,298, Peru 365,367, Chile 360,385, Iran 299,157, Colombia 287,436, Pakistan 269,087, Arab Saudi 268,385 dan Turki 231,971.

Related posts

Leave a Comment