Filipina 169,213, Indonesia 143,043 kes

INDONESIA merekodkan 1,673 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 143,043 manakala 78,394 lagi pesakit masih dalam pemantauan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 70 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian 6,277 orang.

Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 30,465 kes, diikuti Jawa Timur (28,551) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Jawa Timur mencatatkan kematian tertinggi, iaitu 2,055 orang, diikuti Jakarta (1,014), Jawa Tengah (801), Sulawesi Selatan (346) dan selebihnya di wilayah lain.

SINGAPURA mengesahkan 100 kes Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam dengan dua daripadanya kes import, menjadikan jumlah terkini kes jangkitan 55,938.

Menurut Kementerian Kesihatan setakat ini, terdapat satu kes dalam komuniti yang melibatkan seorang warga Singapura.

Kira-kira 18,600 pekerja masih menjalani tempoh kuarantin setakat ini.

Sehingga tengah hari semalam, republik itu mengklasifikasikan 812 daripada kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,206 kes komuniti dan 52,820 kes melibatkan penghuni asrama.

Sejumlah 52,350 pesakit, atau kira-kira 94 peratus daripada jumlah kes keseluruhan, telahpun pulih dari jangkitan manakala 82 kes masih menerima rawatan di hospital.

THAILAND melaporkan tiga kes baharu koronavirus Covid-19 melibatkan mereka yang baru pulang dari Rusia dan India menjadikan jumlah kes 3,381.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), dua wanita berusia 38 dan 49 tahun tiba dari Rusia pada 2 Ogos dan.mereka dikuarantin di Bangkok.

Satu lagi kes melibatkan lelaki pekerja restoran berusia 62 tahun. Dia pulang  pada 8 Ogos lalu dan dikuarantin di Bangkok.

FILIPINA sehingga pukul 4 petang, 18 Ogos 2020 merekodkan 4,836 kes yang membawa kepada jumlah keseluruhan 169,213.

Jabatan Kesihatan (DOH) juga melaporkan 182 kes pulih hari ini dan menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 112,861.

Tujuh lagi kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia adalah 2,687.

Related posts

Leave a Comment