Kes di Arab Saudi 301,323

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi mencecah 301,323 kes hari ini, 18 Ogos dengan tambahan 1,409 kes baharu, satu peningkatan berbanding 1,327 kes yang direkodkan semalam.

Kementerian Kesihatan (MOH) juga merekodkan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 34 lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan 3,470 kematian.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,526 lagi pesakit disahkan sembuh dan menjadikan jumlah pesakit yang pulih setakat ini meningkat kepada 272, 911 kes.

Sebanyak 24,942 kes aktif di mana 1,716 kritikal.

Sementara itu, Hail merekodkan kes tertinggi iaitu 81 kes diikuti Riyadh 64 kes, Hufof 62, Jazan 60, Makkah 55, Madinah 52, Buraidah 51 serta Abha dan Jeddah masing-masing 49 kes.

Related posts

Leave a Comment