Gagasan Melayu Raya

PAS menyatakan sokongan penuh keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan oleh UMNO dan Pas. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan yakin penyertaan Bersatu akan memantapkan lagi gabungan yang digagaskan atas dasar muafakat dalam hal-hal membabitkan kepentingan agama Islam, bangsa Melayu, Bumiputera dan kepentingan nasional secara umumnya. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Pas yakin gandingan UMNO, Pas dan Bersatu bukan sahaja akan mewujudkan suatu gagasan besar ‘Melayu Raya’ sebaliknya juga memperkasakan struktur masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah negara majmuk berbilang bangsa, agama dan budaya. Takiyuddin…

Read More

89 peratus pesakit sembuh

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi mengesahkan 1,227 lagi kes baharu Covid-19 hari ini (16 Ogos) menjadikan jumlah keseluruhan kes 298,542. Jurucakap kementerian juga memaklumkan 39 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia 3,408 orang. Pada masa yang sama, 2,466 pesakit pulih yang membawa kepada peningkatan kes sembuh 266,953 iaitu 89 peratus daripada keseluruhan kes. Sebanyak 28,181 kes aktif di mana 1,774 kritikal. Sementara itu, Riyadh mendahului catatan kes baharu dengan merekodkan 62 kes diikuti Jazan dan Jeddah masing-masing merekodkan 57 kes, Makkah 56 , Baish 43 dan Madinah 36.

Read More

Indonesia catat peningkatan

JAKARTA : Sebanyak 2,081 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini sekaligus melonjakkan jumlah kes keseluruhan di Indonesia kepada 139,549 kes. Menurut data di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 pada 16 Ogos, sebanyak 77,090 pesakit lagi masih dalam pemantauan virus itu.   Bagi tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 79 kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 di republik itu 6,150 orang. Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 29,400 kes, diikuti Jawa Timur (27,903) dan selebihnya di 32 provinsi  lain. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian…

Read More

86 kes baharu di Singapura

SINGAPURA : Jumlah kes Covid-19 di republik ini meningkat kepada 55,747 kes apabila 86 lagi kes baharu dengan enam kes import dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas. Menurut data ringkas Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini (16 Ogos) , kesemua kes import itu telah diserahkan notis kuarantin di rumah sebaik tiba di Singapura. Mengenai kes komuniti, dua kes dilaporkan melibatkan rakyat Singapura dan pemegang pas kerja manakala majoriti kes melibatkan pemegang permit kerja yang sedang dikuarantin.  Setakat 12 tengah hari semalam, republik itu mengklasifikasikan 800 kes yang dilaporkan sebagai kes import,…

Read More

3,420 kes di Filipina 1 Thailand

MANILA: Jabatan Kesihatan Filipina melaporkan 3,420 kes baharu Covid-19 sehingga pukul 4 petang ini 16 Ogos 2020 yang membawa jumlah keseluruhan kes 161,253. Jumlah kematian pula sebanyak 65 kes menjadikan angka meninggal dunia akibat Covid-19 setakat ini 2,665. Kes aktif pula adalah 46,002. DOH juga mengumumkan 40,397 kes pesakit pulih yang membawa jumlah sembuh sebanyak 112,586. Sementara itu di BANGKOK, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan satu kes baharu Covid-19 di Thaikand, Selepas tiada sebarang kes direkodkan semalam, kes baharu itu melibatkan lelaki Thailand berusia 47 tahun yang tiba dari…

Read More

25 kes : 16 import 9 tempatan

16.08.2020 : Sebanyak 25 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini melibatkan 16  kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 9,200 kes. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 216 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Katanya, kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 11 warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara. Sembilan kes penularan dalam negara pula melibatkan tujuh warganegara…

Read More

Tokoh Pendidikan meninggal

TOKOH Pendidikan yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Abdul Rahman Arshad meninggal dunia awal pagi ini. Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mulai 1985 hingga 1991 itu dilahirkan di Masjid Tanah, Melaka dan mendapat pendidikan awal di negeri itu sebelum melanjutkan pelajaran di University Malaya (UM). Allahyarham kemudian menyambung pelajaran di University of Singapore, University of Reading, New Zealand Administrative Staff College, Harvard Business School dan menamatkan doktor falsafah (PhD) di University of East London. Karier allahyarham sebagai seorang guru bermula di Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum dilantik sebagai…

Read More

Ketua Pemuda Armada Bersatu

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dipilih menjadi Ketua Pemuda Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi penggal 2019-2022. Naib Ketua Armada pula adalah Caesar Mandela Malakun, anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Clarence Bongkos Malakun. Wan Ahmad Fayhsal, yang juga Ketua Bersatu Bahagian Titiwangsa, telah mengenepikan pencabarnya iaitu Muzzammil Ismail. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 173 bahagian Armada layak bersidang secara serentak semalam, namun sembilan bahagian tidak dapat bersidang kerana kekurangan korum seperti mana…

Read More

IMR kesan Virus mutasi D614G

INSTITUT Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesan mutasi jenis D614G hasil ujian pengasingan dan kultur terhadap tiga kes daripada Kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga (kontak rapat kepada kes indeks) dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram (individu daripada Filipina). Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini bermakna masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus Covid-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia.  “Ia didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu super spreader,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau, Ahad, 16…

Read More

Lebih 21 juta kes direkodkan

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 seluruh dunia terus meningkat dengan merekodkan 21,367,163 sehingga 7 pagi ini manakala kematian pula 768,952 dan kes sembuh sebanyak 13,362,487. Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) Brazil dan India terus mendahului catatan kes dan kematian serta kes sembuh berbanding negara-negara lain. AS merekodkan 5,357,396 kes dengan 169,432 kematian dan 1,818,527 pulih (kedua) manakala Brazil 3,317,096 kes dengan 107,232 kematian dan mendahului kes pulih sebanyak 2,622,878. India pula menduduki tempat ketiga dengan merekodkan 2,526,192 kes dengan 49,036 kematian (kedudukan keempat) di belakang Mexico (55,908) serta kes…

Read More