JUMLAH kes jangkitan Covid-19 seluruh dunia terus meningkat dengan merekodkan 21,367,163 sehingga 7 pagi ini manakala kematian pula 768,952 dan kes sembuh sebanyak 13,362,487.
Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) Brazil dan India terus mendahului catatan kes dan kematian serta kes sembuh berbanding negara-negara lain.
AS merekodkan 5,357,396 kes dengan 169,432 kematian dan 1,818,527 pulih (kedua) manakala Brazil 3,317,096 kes dengan 107,232 kematian dan mendahului kes pulih sebanyak 2,622,878.
India pula menduduki tempat ketiga dengan merekodkan 2,526,192 kes dengan 49,036 kematian (kedudukan keempat) di belakang Mexico (55,908) serta kes sembuh di kedudukan ketiga 1,808,936.
Rusia pula merekodkan 915,808 kes diikuti Afrika Selatan 583,653, Peru 516,296, Mexico 511,369 dan Colombia 445,111.
Empat negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Chile 383,902, Sepanyol 342,813, Iran 341,070 dan United Kingdom 319,205.
Arab Saudi mendahului dalam kelompok lapan negara yang merekodkan lebih 200,000 kes iaitu sebanyak 297,315 diikuti Argentina 289,100, Pakistan 288,047, Bangladesh 274,525, Itali 253,438, Perancis 252,965, Turki 248,117 dan Jerman 224,488.
Tujuh negara mencatatkan lebih 100,000 kes didahului Iraq 172,583, Filipina 157,918, Indonesia 137,468, Kanada 123,630, Qatar 114,809, Kazakhstan 102,287 dan Ecuador 100,688.
Mengenai kematian, United Kingdom di tempat kelima dengan 46,791 kes diikuti Itali 35,392, Perancis 30,410, Sepanyol 28,617, Peru 25,856, Iran 19,492, Rusia 15,585, Colombia 14,492, Afrika Selatan 11,677 dan Chile 10,395
Bagi kes sembuh pula, Rusia di kedudukan keempat dengan 727,895 kes diikuti Afrika Selatan 466,941, Mexico 410,479, Chile
356,951, Peru 354,232, Iran 295,630, Pakistan 265,624, Arab Saudi 264,487, Colombia 261,296, Turki 229,972, Argentina 205,697 dan Itali 203,640.