3,420 kes di Filipina 1 Thailand

MANILA: Jabatan Kesihatan Filipina melaporkan 3,420 kes baharu Covid-19 sehingga pukul 4 petang ini 16 Ogos 2020 yang membawa jumlah keseluruhan kes 161,253.

Jumlah kematian pula sebanyak 65 kes menjadikan angka meninggal dunia akibat Covid-19 setakat ini 2,665. Kes aktif pula adalah 46,002.

DOH juga mengumumkan 40,397 kes pesakit pulih yang membawa jumlah sembuh sebanyak 112,586.

Sementara itu di BANGKOK, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan satu kes baharu Covid-19 di Thaikand,

Selepas tiada sebarang kes direkodkan semalam, kes baharu itu melibatkan lelaki Thailand berusia 47 tahun yang tiba dari Singapura pada Jumaat lalu.

Hasil pesampelan di lapangan terbang Suvarnabhumi menunjukkan positif dan lelaki itu telah dipindahkan dari pusat kuarantin ke hospital Samut Prakan.

Kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Thailand meningkat kepada 3,377 manakala jumlah kematian kekal 58.

Related posts

Leave a Comment