Tokoh Pendidikan meninggal

TOKOH Pendidikan yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Abdul Rahman Arshad meninggal dunia awal pagi ini.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mulai 1985 hingga 1991 itu dilahirkan di Masjid Tanah, Melaka dan mendapat pendidikan awal di negeri itu sebelum melanjutkan pelajaran di University Malaya (UM).

Allahyarham kemudian menyambung pelajaran di University of Singapore, University of Reading, New Zealand Administrative Staff College, Harvard Business School dan menamatkan doktor falsafah (PhD) di University of East London.

Karier allahyarham sebagai seorang guru bermula di Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran di Pulau Pinang dan Kedah dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pelajaran Kelantan.

Allahyarham juga pernah menjadi diplomat di Maghribi, Manila dan Thailand.

Abdul Rahman turut diberikan kepercayaan oleh Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi tahun 2014 hingga 2016.

1985 1992

Related posts

Leave a Comment