Filipina, Indonesia meningkat

SINGAPURA melaporkan 81 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan 16 daripadanya adalah kes import, menjadikan jumlah keseluruhan 55,661 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, 10 daripada kes import adalah dari kapal yang tiba di Singapura pada 8 Ogos. Sebelum dibawa ke hospital, semua anak kapal belum turun dari kapal. Bagi kes komuniti, tiga kes dilaporkan melibatkan dua warga tempatan atau penduduk tetap dan satu pemegang pas kerja. Sehingga tengah hari semalam,  784 kes diklasifikasikan sebagai import, 2,201 sebagai kes komuniti dan 52,595 sebagai penghuni asrama. Seramai 51,049 pesakit atau kira-kira 92 peratus daripada jumlah kes terkumpul pulih sepenuhnya manakala 79 kes…

Read More

SOP: Taman awam ditutup

GAGAL patuh prosedur operasi standard (SOP), Taman Awam Vision, Kepala Batas yang menjadi tumpuan ramai untuk beriadah, diarahkan tutup selama tujuh hari. Arahan itu dibuat selepas operasi bersepadu mendapati pihak pengurusannya gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Operasi Bersepadu oleh pihak polis bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) itu dibuat bermula pukul 5 petang selepas menerima maklumat kehadiran orang ramai di taman tersebut. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor dalam kenyataan malam ini berkata pihak KKM mengeluarkan notis arahan…

Read More

Kes di Arab Saudi 297,315

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi mencatatkan 31 lagi kematian akibat jangkitan koronaviris Covid-19 pada Sabtu, 15 Ogos yang membawa jumlah kematian setakat ini sebanyak 3,369. Pada masa yang sama, jumlah kes jangkitan juga menunjukkan peningkatan apabila 1,413 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes 297,315. Kes tertinggi yang dilaporkan hari ini adalah di Mushait iaitu 76 kes diikuti Dammam 68, Makkah 65, Riyadh 59, Jeddah dan Jazan masing-masing 57. Sementara itu jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 264,487 setelah 1,528 lagi pesakit dilaporkan pulih sepenuhnya daripada virus itu. Kes aktif pula…

Read More

Kluster Sala di Kedah

SATU lagi klister baharu dikesan, kali jni di daerah Yan, Kedah. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9148) adalah lelaki warganegara Malaysia yang dikesan positif pada 13 Ogos 2020 melalui sistem survelan klinikal Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Menurut Kementerian Kesihatan, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 14 Ogos 2020 dan kes-kes dikesan positif pada 15 Ogos 2020. Ketiga-tiga kes yang dilaporkan pada hari ini adalah merupakan ahli keluarga kepada kes pertama (kes ke-9148). Sehingga 15…

Read More

Bersatu sertai Muafakat

MAJLIS Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN) yang mendukung Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar, kata Presidennya, Muhyiddin Yassin. “Saya percaya inilah pilihan terbaik untuk Bersatu. Kita memilih untuk berada dalam satu jemaah besar yang menghimpunkan parti-parti utama di negara kita.  “Dengan terbentuknya penyatuan antara Bersatu, UMNO, Pas dan parti-parti lain dalam kerajaan Perikatan Nasional, sebahagian besar sokongan rakyat telah pun berada di pihak kita,” kata Muhyiddin. Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena persidangan Srikandi, Armada dan Bahagian Bersatu 2020 yang berlangsung hari ini. Perutusan tersebut dimuat…

Read More

BN dicabar ‘pokok’ dan ‘buku’

BARISAN Nasional (BN) akan dicabar dua calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini. Calon BN, Mohd Zaidi Aziz, 43 akan dicabar Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38 dan S. Sentharasekaran, 44 tahun. Mohd Zaidi adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim manakala peguam, Amir Khusyairi mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum didaftar secara rasmi. Seorang lagi calon Bebas ialah S. Sentharasekaran, 44 tahun. Pengumuman senarai calon yang bertanding dibuat pegawai pengurus pilihan raya Shamsul Ridzuan Idris selepas proses penamaan calon di Dewan…

Read More

Saudi catat 295,900 kes

ARAB Saudi mencatatkan pertambahan 1,383 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 295,902 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, sebanyak 35 lagi pesakit yang dijangkiti meninggal dunia yang membawa jumlah kematian 3,338. Bagaimanapun jumlah pesakit yang sembuh turut meningkat apabila 2,566 lagi pesakit sembuh yang menjadikan jumlah kes pulih 262,959. Sementara itu, mengikut data taburan kes, Makkah merekodkan kes tertinggi iaitu 81 kes diikuti Hail 77, Jeddah 69,  Riyadh 63, Hafouf 58, Jazan 57 dan Madinah 44.

Read More