Kes di Arab Saudi 297,315

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi mencatatkan 31 lagi kematian akibat jangkitan koronaviris Covid-19 pada Sabtu, 15 Ogos yang membawa jumlah kematian setakat ini sebanyak 3,369.

Pada masa yang sama, jumlah kes jangkitan juga menunjukkan peningkatan apabila 1,413 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes 297,315.

Kes tertinggi yang dilaporkan hari ini adalah di Mushait iaitu 76 kes diikuti Dammam 68, Makkah 65, Riyadh 59, Jeddah dan Jazan masing-masing 57.

Sementara itu jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 264,487 setelah 1,528 lagi pesakit dilaporkan pulih sepenuhnya daripada virus itu.

Kes aktif pula sebanyak 29,459 kes di mana 1,766 kritikal.

Related posts

Leave a Comment