Saudi catat 295,900 kes

ARAB Saudi mencatatkan pertambahan 1,383 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 295,902 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, sebanyak 35 lagi pesakit yang dijangkiti meninggal dunia yang membawa jumlah kematian 3,338.

Bagaimanapun jumlah pesakit yang sembuh turut meningkat apabila 2,566 lagi pesakit sembuh yang menjadikan jumlah kes pulih 262,959.

Sementara itu, mengikut data taburan kes, Makkah merekodkan kes tertinggi iaitu

81 kes diikuti Hail 77, Jeddah 69,  Riyadh 63, Hafouf 58, Jazan 57 dan Madinah 44.

Related posts

Leave a Comment