TEL AVIV – Selepas didakwa dengan pertuduhan rasuah, penipuan, dan pecah amanah pada 2019, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, buat pertama kali hadir memberi keterangan dalam perbicaraannya di Mahkamah Daerah Tel Aviv.
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada jutawan dan meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi syarikat media sebagai balasan untuk liputan positif.
Susulan perang Gaza yang bermula pada Oktober 2023, Netanhayu diberi kebenaran untuk menunda kehadirannya di mahkamah tetapi pada Khamis, panel hakim perbicaraan memerintahkannya untuk mula hadir memberi keterangan.
Perbicaraan dipindahkan dari Baitulmuqaddis ke lokasi rahsia atas faktor keselamatan.
Dia akan memberi keterangan tiga kali seminggu sambil mengetuai kerajaan mengendalikan perang di Gaza, Lubnan, dan Syria. Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) juga mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas jenayah perang di Gaza.
Netanyahu adalah individu pertama yang didakwa di mahkamah sewaktu menjadi perdana menteri di Israel.
Nn
