Filipina, Indonesia meningkat

SINGAPURA melaporkan 81 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan 16 daripadanya adalah kes import, menjadikan jumlah keseluruhan 55,661 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, 10 daripada kes import adalah dari kapal yang tiba di Singapura pada 8 Ogos. Sebelum dibawa ke hospital, semua anak kapal belum turun dari kapal.

Bagi kes komuniti, tiga kes dilaporkan melibatkan dua warga tempatan atau penduduk tetap dan satu pemegang pas kerja.

Sehingga tengah hari semalam,  784 kes diklasifikasikan sebagai import, 2,201 sebagai kes komuniti dan 52,595 sebagai penghuni asrama.

Seramai 51,049 pesakit atau kira-kira 92 peratus daripada jumlah kes terkumpul pulih sepenuhnya manakala 79 kes positif masih dirawat. Jumlah kematian kekal 27.

FILIPINA sehingga pukul 4 petang 15 Ogos merekodkan 4,351 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kes meningkat kepada 157,918.

Jabatan Kesihatan (DOH) melaporkan sebanyak 885 pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 72,209.

Sementara itu sebanyak 159 kematian dilaporkan hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 2,600. Kes aktif pula 83,109.

INDONESIA merekodkan 2,345 kes baharu positif Covid-19 yang membawa jumlah kes meningkat kepada 137,468 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, sebanyak 76,327 pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 15 Ogos 2020, sebanyak 50 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan  meningkat kepada 6,071 orang.

Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 28,882 kes, diikuti Jawa Timur (27,415) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,988 orang, diikuti Jakarta (980), Jawa Tengah (780), Sulawesi Selatan (343) dan selebihnya di wilayah lain

THAILAND tidak mencatatkan sebarang kes baharu Covid-19 hari ini, 15 Ogos selepas merekodkan 17 kes positif semalam.

Jumlah kes keseluruhan setakat ini sebanyak 3,376 dan kematian 58.

Semalam, 14 Ogos, kes baharu melibatkan 15 rakyatnya yang baru pulang dari India. Mereka berumur antara 12 dan 72 tahun, termasuk enam wanita, tiba pada 8 Ogos dan menjalani kuarantin wajib. Dua lagi adalah lelaki warga Thailand, seorang berusia 54 tahun yang pernah ke Amerika Syarikat dan seorang lagi pelajar lelaki berusia 25 tahun yang baru pulang dari Australia.

Seramai 3,173 pesakit telah sembuh, manakala 143 masih di wad. Sejak 3 April, seramai 76, 574 orang, warga asing dan penduduk tempatan, telah memasuki Thailand . Daripada  jumlah itu 68,504 orang selesai dikuarantin dan 439 orang didapati positif.

Related posts

Leave a Comment