Kes 289,947, sembuh 253,478

ARAB Saudi merekodkan 1,257 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 289,947.

Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporannya juga mengumumkan bagi tempoh yang sama, sebanyak 1,439 pesakit pulih menjadikan 253,478 kes sembuh.

Kes kematian pula meningkat kepada 3,199 apabila 32 lagi disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Kes aktif pula sebanyak 33,270 di mana 1,824 adalah kritikal.

Sementara itu tidak ada bandar atau kota yang merekodkan 100 kes atau lebih sebaliknya paling tinggi hanya 88 kes iaitu di Riyadh.

Dammam mencatatkan 65 kes jangkitan diikuti Hufof 63, Hail 62, Buraidah 59,

Makkah 58, Jeddah 52, Madinah 51, dan Yanbu 50.

Related posts

Leave a Comment