Thailand tanpa kes jangkitan

FILIPINA merekodkan 6,958 kes baharu Covid-19 sehingga pukul 4 petang ini, 10 Ogos 2020 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 136,638.

Jabatan Kesihatan (DOH) juga melaporkan sebanyak 633 pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital sembuh yang membawa jumlah pemulihan kepada 68,159 atau 50 peratus daripada kes kumulatif.

Pada masa yang sama, terdapat 24 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian 2,293 sementara kes aktif pula sebanyak 66,186.

Sementara itu, sebanyak 1,673,503 individu menjalani ujian saringan Covid-19.

INDONESIA mencatatkan 1,687 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu meningkat kepada 127,083 kes.

Data di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 menunjukkan, sebanyak 84,139 pesakit, masih dalam pemantauan Covid-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 42 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan 5,765 kematian..

Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 26,162 kes, diikuti Jawa Timur (25,626) dan selebihnya di 32 provinsi lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,894 orang, diikuti Jakarta (932), Jawa Tengah (728), Sulawesi Selatan (335) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

SINGAPURA melaporkan 188 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 12 daripadanyua adalah kes import dan satu kes dalam komuniti mejadikan jumlah keseluruhan jangkitan di republik itu 55,292.

Data ringkas Kementerian Kesihatan Singapura menyatakan semua kes import melibatkan mereka yang dikenakan arahan Notis Tinggal di Rumah, sebaik tiba di Singapura. Kes dalam komuniti pula melibatkan seorang rakyat Singapura.

Majoriti kes melibatkan pemegang permit kerja, dan mereka kini menjalani kuarantin.

Sehingga tengah hari semalam, Singapura mengklasifikasikan 748 daripada kes yang dilaporkan adalah kes import, 2,192 kes dalam komuniti dan 52,164 sebagai kes melibatkan penghuni asrama.

Sejumlah 48,915 pesakit atau kira-kira 89 peratus telah pulih sepenuhnya sementara 135 kes disahkan masih di hospital. Jumlah kematian kekal 27 orang.

THAILAND mengesahkan tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini sama ada kes import atau tempatan. Berikutan itu, jumlah kumulatif kes kekal 3,351 manakala kematian kekal 58.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 3,351 kes kumulatif, sebanyak 3,160 telah sembuh termasuk sembilan pesakit hari ini manakala 133 pesakit masih dirawat di hospital.

Setakat ini kerajaan Thailand  merekodkan 414 pesakit diuji positif setelah menjalani kuarantin sejurus tiba dari luar negara.

Sebanyak 1,818 kes dilaporkan di Bangkok dan Nonthaburi.

Related posts

Leave a Comment