Kes di Arab Saudi 281,435

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi hari ini, 5 Ogos 2020 mengumumkan 1,389 kes baharu jangkitan koronavirus Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 281,435 kes.

Pada masa yang sama, MOH juga memaklumkan 36 lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah korban 3,020 orang.

Di samping itu, sebanyak 1,626 pesakit sembuh daripada jangkitan yang membawa jumlah kes pulih meningkat kepada 245,314 orang, 84.76 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sebanyak 34,490 kes aktif di mana 1,991 adalah kes kritikal manakala yang lain dalam keadaan stabil.

Sementara itu, daripada 1,389 kes baharu, Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 109 kes diikuti Makkah 106, Khamis Mushayt 90, Jazan 53, Jeddah 49, Al Hafouf 47, Najran 47 dan Madinah 34.

Related posts

Leave a Comment