Kes di Arab Saudi 281,435

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi hari ini, 5 Ogos 2020 mengumumkan 1,389 kes baharu jangkitan koronavirus Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 281,435 kes. Pada masa yang sama, MOH juga memaklumkan 36 lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah korban 3,020 orang. Di samping itu, sebanyak 1,626 pesakit sembuh daripada jangkitan yang membawa jumlah kes pulih meningkat kepada 245,314 orang, 84.76 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sebanyak 34,490 kes aktif di mana 1,991 adalah kes kritikal manakala yang lain dalam keadaan stabil. Sementara itu, daripada 1,389…

Read More

21 kes: 15 import, 6 tempatan

DUA puluh satu kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang melibatkan 15 kes import dan enam kes penularan tempatan. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes kini adalah 9,023 manakala kes sembuh pula meningkat kepada 8,702 apabila 18 lagi sembuh. Tiada kes kematian dilaporkan dan jumlah itu kekal 125 orang. Kes tempatan melibatkan tiga di Kedah iaitu daripada Kluster PUI Sivagangga, dua di Sabah iaitu kes saringan pra pembedahan dan saringan rujukan ke hospital dan satu kes di Johor melibatkan kes saringan pra pembedahan Sementara itu, 15 kes import melibatkan…

Read More

Letupan : Lubnan berkabung, Beirut darurat

LUBNAN berkabung dan Beirut diisytiharkan darurat dua minggu berikutan dua letupan besar yang menggegarkan Beirut pada Selasa (4 Ogos), menyebabkan 78 terbunuh dan kira-kira 4,000 orang cedera. Letupan itu turut menggoncangkan bangunan dan menyebabkan kepulan asap tebal menyelubungi ruang udara Beirut. Rakaman video letupan kedua menunjukkan bebola api gergasi berwarna jingga yang menyelubungi bangunan-bangunan berdekatan dan mencetuskan kesan gelombang seakan-akan puting beliung menyebabkan kemusnahan di kawasan bandar itu. Ratusan orang yang cedera dalam letupan di pelabuhan Beirut itu dibawa ke hospital namun ramai penduduk masih terperangkap di dalarm rumah yang…

Read More

Perintah berkurung di Manila

MANILA dan wilayah berhampiran dikenakan perintah berkurung kali kedua selama dua minggu mulai hari ini selepas mendapat gesaan 100 persatuan perubatan yang mewakili 80,000 doktor dan sejuta jururawat yang berharap pemerintah mengenakan kawalan yang lebih ketat. Pada Ahad, kerajaan Filipina mengumumkan Metro Manila dan wilayah-wilayah berdekatan seperti Laguna, Cavite, Rizal dan Bulacan kembali diletakkan di bawah perintah berkurung sehingga 18 Ogos bagi membendung jumlah kes yang melambung tinggi sejak perintah itu dilonggarkan pada Jun. Polis mengadakan sekatan jalan raya terhadap kira-kira 28 juta penduduk di Manila dan wilayah berdekatan. Sebahagian…

Read More

Pertambahan kes di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 1,342 kes baharu koronavirus Covid-19, meningkat kembali selepas menunjukkan trend penurunan sejak kebelakangan ini. Kes yang dicatatkan pada Selasa 4 Ogos meningkat 84 kes berbanding 1,258 pada 3 Ogos menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 281,436. Pada 31 Julai kes harian yang dicatatkan adalah 1,686 diikuti pada 1 Ogos sebanyak 1,573 diikuti, 2 Ogos sebanyak 1,357. Sebanyak 35 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah 2,984 Sementara itu,sebanyak 1,635 pesakit pulih yang membawa jumlah keseluruhan kes pulih 243,688 manakala kes aktif 34,753 di mana 1,983 kritikal.…

Read More