DUA puluh satu kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang melibatkan 15 kes import dan enam kes penularan tempatan.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes kini adalah 9,023 manakala kes sembuh pula meningkat kepada 8,702 apabila 18 lagi sembuh.
Tiada kes kematian dilaporkan dan jumlah itu kekal 125 orang.
Kes tempatan melibatkan tiga di Kedah iaitu daripada Kluster PUI Sivagangga, dua di Sabah iaitu kes saringan pra pembedahan dan saringan rujukan ke hospital dan satu kes di Johor melibatkan kes saringan pra pembedahan
Sementara itu, 15 kes import melibatkan 12 kes import warganegara pulang dari Yaman, satu masing- masing pulang dari Ivory Coast, United
Kingdom (UK) dan Papua New Guinea