Penurunan kes harian di Saudi

ARAB Saudi mencatatkan penurunan kes pada hari ini, 3 Ogos 2020 apabila 1,258 kes baharu koronavirus Covid-19 dilaporkan, jumlah harian yang lebih rendah berbanding sebelum ini. Kes harian yang dicatatkan pada 31 Julai lalu adalah 1,686 diikuti pada 1 Ogos sebanyak 1,573 dan semalam, sebanyak 1,357. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), penurunan itu konsisten walaupun pada musim perayaan ketika pihak berkuasa turut mengambil pelbagai langkah untuk mengawal penularan wabak itu. Ketika ini, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan Arab Saudi adalah sebanyak 280,093 manakala 32 kematian dilaporkan menjadikan 2,949. MOH juga mengumumkan…

Read More

2 kes jangkitan tempatan

PUTRAJAYA  : Dua kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 9,001 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Kedua-dua kes baharu itu adalah kes penularan tempatan yang melibatkan warganegara Malaysia. Kes tersebut adalah daripada Kluster PUI Sivagangga dan di Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan satu kes saringan rawak di lapangan berkaitan pelajar Kolej. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Labuan Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini adalah 208 kes. Pada masa sama, terdapat empat…

Read More

Di mana wajib pakai ‘mask‘

PEMAKAIAN pelitup muka hanya diwajibkan di tempat awam yang sesak dan tidak diwajibkan di kawasan luas dan ada penjarakan fizikal, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.  Beliau berkata antara tempat awam yang sesak ialah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan pasar raya selain tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang. Katanya, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di dalam kenderaan sendiri dan semasa melakukan aktiviti fizikal. “Semalam, tular di media sosial mereka yang di dalam kereta persendirian dikenakan tindakan, (tindakan ini)  tidak betul, kereta persendirian bukan kenderaan awam. Kalau dengan keluarga, kawan tempat kerja naik sekali setiap hari menumpang, tidak perlu ambil tindakan.…

Read More

Sivagangga kesan 21 kes

SEHINGGA 3 Ogos 2020, pukul 12 tengah hari, sebanyak 425 orang disaring dan daripada jumlah itu, 21 kes dikesan positif Covid-19; 362 negatif; dan 42 kes masih menunggu keputusan. Kes indeks Kluster PUI Sivagangga merupakan seorang pemilik kedai makan yang pulang ke Malaysia dari India dan diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (Home Surveillance Order – HSO). Namun, beliau tidak mematuhi syarat-syarat perintah tersebut, menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 yang meluas dalam kluster ini. Penularan ini telah dikenalpasti melalui aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) yang…

Read More

Sivagangga: Ibarat seekor kerbau membawa lumpur…

IBARAT seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit. Gara-gara seorang individu ingkar kuarantin, kira-kira 7,000 penduduk meliputi empat mukim di Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) mulai hari ini hingga 30 Ogos. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata,  keputusan itu dibuat susulan 11 kes baharu Covid-19 yang berpunca daripada kluster PUI Sivagangga. Beliau berkata empat kawasan terbabit ialah Restoran Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh, Kampung Pida Satu di Megat Dewa, Kampung Bendang Dalam Mukim Binjal di Kubang Pasu dan Kampung Ulu Sanai di Padang…

Read More

6 kematian kanak-kanak ditinggalkan dalam kereta

ENAM kes kematian kanak-kanak akibat ditinggalkan di dalam kereta dilaporkan sejak 2018 hingga kini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Siti Zailah Mohd Yusoff. Katanya, kebanyakan mangsa ditinggalkan ketika ibu bapa pergi kerja atau hadir mesyuarat sehingga terlupa anak mereka berada di dalam kereta. Pada tahun ini sebanyak dua kes dilaporkan, 2019 dan 2018 masing-masing dua kes. Walaupun, bilangan kes tidak menunjukkan jumlah yang besar, namun ia melibatkan nyawa anak kepada ibu bapa dan penjaganya. “Memandangkan kes ini satu isu yang begitu besar dan betapa seriusnya insiden…

Read More

Dunia catat 18 juta kes positif

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia setakat tengah hari ini, 3 Ogos 2020 meningkat kepada 18 juta  dengan kematian mencecah 688,369 dan kes sembuh pula sebanyak 10,649,111. Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan 4,667,930 kes dan 154,859  kematian. Satu laporan yang diterbitkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS mendedahkan, lebih 20,000 rakyat AS dijangka terkorban akibat Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lagi. Jumlah kedua kes tertinggi dicatatkan oleh Brazil dengan 2,733,677 serta 94,104 kematian diikuti India yang merekodkan 1,750,723 kes dengan 37,364…

Read More

Doa…

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada…

Read More